Monday, April 18, 2016

Akhirnya Punca Sebenar Kematian Adik Arianna Di Taska Terjawab. Kesiannya Ya Allah


#Bayi empat bulan meninggal dunia di taska Mohammad Shauqi dan Nur Farhana memangku jenazah anak mereka untuk dibawa pulang ke Kampung Tok Kau, Guar Chempedak, Kedah. (Gambar kecil) Nur Ariana

#SHAH ALAM – Kematian seorang bayi berusia empat bulan di sebuah taska di Gelugor, Pulau Pinang tiada kaitan dengan unsur jenayah.


#Menurut hasil bedah siasat, bayi perempuan berkenaan meninggal dunia akibat penyakit radang paru-paru.

#Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Farid Alathrash Wahid, lapor portal berita tempatan.

#Nur Arianna Safiyyah meninggal dunia semalam, selepas ditemui lembik dan sesak nafas oleh pengasuhnya. Dia disahkan meninggal dunia sebaik dihantar ke klinik kesihatan.

#Bapanya, Mohammad Shauqi Zainondin, membuat laporan polis setelah tidak berpuas hati dengan kejadian yang menimpa anak kecilnya.

#Jenazah Nur Ariana selamat dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Tok Kau, Guar Chempedak, Kedah malam tadi.









0 comments :

Post a Comment