Wednesday, April 20, 2016

GEMPAR!!! JANNA NICK BUAT HAL DENGAN PENGACARA POPULAR?

Janna Nick Buat Hal Dengan Pengacara Popular


#Sebelum ini, Miss K pernah dengar cerita mengenai pelakon Janna Nick cari pasal dengan seorang pengacara wanita di sebuah stesen TV, tetapi Miss K pejamkan sahaja mata.

#Sebab bagi Miss K, mungkin Janna terlalu baru ketika itu dan belum mahir untuk ‘handle the situation’...Lagipun Janna dah bagi kenyataan kepada media tentang perkara tersebut.

#Tetapi baru kejap tadi seorang teman Miss K datang menyampaikan tentang perangai ‘diva’ pelakon yang sedang meningkat naik ini.

#Urut dada Miss K dengar. Iyalah, kata teman Miss K tu, Janna cari pasal dengan seorang pengacara popular berpangkat Datuk ketika berada di sebuah negeri di Selatan tanah air baru-baru ini.

#Dengar cerita, pelakon kelahiran Sungai Petani, Kedah itu bersikap acuh tak acuh ketika dijemput untuk menjayakan sebuah program terbaru yang dihoskan oleh pengacara berpangkat Datuk tersebut.

#Teman Miss K kata, cerita bermula apabila mereka menawarkan Janna untuk menyertai program bual bicara tersebut tetapi pihak Janna telah menolak tawaran tersebut.

#Bagaimanapun, disebabkan produksi tempat teman Miss K bekerja tu terlalu ‘hadapkan’ Janna, mereka sanggup ke hotel penginapan Janna untuk berbincang lebih lanjut mengenai pelawaan untuk menyertai program tersebut.

#Tetapi perbincangan yang sepatutnya lebih bersifat profesional telah ‘diayam-ayamkan’ oleh pihak Janna sehingga pengacara popular tadi terpaksa tunggu Janna selama satu jam di lobi hotel.

#Pengacara tersebut sanggup menangguh makan tengaharinya untuk menjalankan penggambaran bersama Janna, kerana pada peringkat awal Janna dah berjanji untuk  beri kerjasama yang sepenuhnya kepada hos dan pihak produksi yang terlibat.

#Last sekali, pengacara terkenal itu terpaksa pulang dengan muka yang merah padam akibat menahan perasaan marah.

#Hello dik! Siapa awak untuk buat pengacara yang dah berpuluh tahun dalam industri tu tunggu awak? 

#Lebih panas, sumber terdekat Miss K turut mendakwa sewaktu membuat perjanjian dengan pihak produksi, Janna minta bayaran yang tinggi! Setimpal dengan popularitinya yang sedang mencanak naik. Katanyaaaaaa…

#Kalau gitulah perkhabarannya, tak hairanlah...Sebab sebelum-sebelum ini pun ada teman Miss K mengadu Janna pernah buat hal ketika photoshoot.

#Janna, Miss K sebenarnya tak suka nak menuduh tak tentu pasal sebab Miss K pun bukanlah sesempurna mana, cuma kalau dah ramai sangat bercerita buruk mengenai awak, rasanya dah boleh bermuhasabah diri.

#Lagipun Janna seorang pelakon yang berbakat besar dan mampu pergi jauh, diharap dapat perbaiki kelemahan diri dan berubahlah demi kebaikan sendiri.

#Jangan bila populariti dah merudum,  baru nak sedar diri dan berubah. Bertindak sebelum terlambat ye!

#Miss K: Suka dengar lagu Pencuri Hati nyanyian Ayda Jebat, ‘catchy’!

0 comments :

Post a Comment