Thursday, April 28, 2016

Kanak² 8 Tahun Yg Dipaksa Berkahwin Akhirnya Ditemui MATI Pada Malam Pertama Selepas DIPAKSA ....




#Seorang kanak-kanak perempuan yang dipaksa berkahwin dengan seorang lelaki tua dilaporkan telah meninggal dunia akibat ‘kecederaan dalaman’ yang dialami pada malam perkahwinannya.

#Gadis lapan tahun itu, yang dikenali sebagai Rawan, telah dipaksa untuk berkahwin dengan seorang lelaki berusia 40 tahun oleh keluarganya.

#Beliau meninggal dunia di kawasan barat Yemen, berhampiran dengan sempadan dengan Arab Saudi.

#Pejuang hak asasi manusia, sedang menjalankan kempen untuk menuntut agar pengantin lelaki dan keluarganya kanak-kanak tersebut ditangkap.

#Para aktivis tersebut berharap kematian kanak-kanak itu akan menghentikan amalan berkahwin dengan kanak-kanak kecil yang dikatakan semakin berleluasa di negara itu.

#Ramai pihak yang mengecam tindakan tersebut dengan mengatakan 'keluarga Rawan ‘bukan manusia’. Mereka tidak layak untuk mempunyai anak-anak.'

#Faktor kemiskinan dikatakan antara punca utama mereka mengahwinkan anak-anak yang masih kecil kerana dikatakan menerima beratus-ratus pound sebagai ‘mas kahwin’.

#Malah menurut satu laporan, satu per empat daripada penduduk wanita Yaman berkahwin sebelum mencapai usia 15 tahun.

#Para aktivis di negara itu, mendesak agar Parlimen membatalkan undang-undang yang memberi kebenaran kepada ibu-bapa mengahwinkan anak-anak mereka yang dirasakan telah ‘bersedia’.


0 comments :

Post a Comment